Program Keusahawanan Bersama Pelajar Kemboja dan Vietnam


Pada hari sabtu lepas bersamaan dengan 15 Januari 2011, Yayasan Nusrah telah menyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama Kedah yang diadakan di kawasan Derang. Pada hari tersebut, Yayasan Nusrah yang di terajui oleh Dr. Nadiyah diberi peluang untuk bercakap mengenai program keusahawanan yang disediakan oleh Yayasan. Dalam program itu, lebih daripada 30 orang penuntut Kolej Insaniah yang terdiri dari kalangan pelajar Kemboja dan Vietnam selain beberapa orang pelajar Malaysia yang mengambil bahagian. Usaha murni Yayasan Nusrah ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar Kemboja dan Vietnam khususnya untuk menceburkan diri dalam bidang keushawanan. Sehubungan dengan itu , Dr. Nadiyah menjelaskan bahawa bidang keusahawanan ini dapat membantu pelajar mencari sumber pendapatan sampingan selain daripada bantuan keluarga ataupun pihak institusi. Dalam program ini juga, Yayasan telah menyediakan beg jualan yang mengandungi barang-barang yang boleh dijual oleh penuntut Insaniah dimana Yayasan akan memberi beg tersebut secara hutang. Di samping itu, pelajar yang berminat untuk menjadi agen jualan langsung Yayasan Nusrah akan mendapat keuntungan daripada jualan mereka.

“tolong menolong kebaikan bersama dunia akhirat”

KURSUS KESUKARELAWAN YAYASAN NUSRAH BERSAMA KAKITANGAN UUM

Kursus kesukarelawan bersama kakitangan Universiti Utara Malaysia telah berlangsung pada 10 Januari 2011 yang bertempat di bilik kuliah Sri Srintok 1. Kursus yang mengambil masa selama empat jam ini dibawah kelolaan saudari Zafirah Zulkifli selaku pekerja sosial di Yayasan Nusrah. Diantara matlamat utama penganjuran kursus ini adalah untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam kerja sukarela disamping memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan apa juga bentuk bantuan. Kursus yang disampaikan oleh Dr.Nadiyah ini disertai oleh 12 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah kanan dan juga tutor yang bertugas di fakulti sains dan sastera. Melalui kursus seumpama ini Yayasan dapat mendedahkan masyarakat mengenai konsep sebenar kesukarelawan dan bagaimana masyarakat boleh mengaplikasikan konsep kesukarelawan dalam kehidupan seharian mereka. Dalam kursus ini juga, perserta diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan pertanyaan untuk mendalami lagi konsep kesukarelawan. Pada akhir kursus, para peserta menyatakan kepuasan kerana mendapat banyak maklumat mengenai kesukarelawan. Pihak Yayasan berharap selepas kursus ini, peserta akan lebih memahami konsep kesukarelawan seterusnya mampu mencapai matlamat Yayasan dalam usaha menarik lebih ramai individu yang sudi bekerjasama dengan Yayasan untuk menjayakan sesuatu program kesukarelawan.

“Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat”

Gambar disekitar kursus kesukarelawan



PROGRAM CEKAP DARAB MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR TEMPATAN

Program Cekap Darab yang telah berlangsung pada tahun lalu telah mendapat perhatian daripada akhbar tempatan. Berikut adalah keratan akhbar mengenai Program Cekap Darab yang berlangsung di UUM.

Tahniah Yayasan Nusrah!



Jom Bantu IbuTunggal

Skim Bantuan Makanan Asas atau lebih dikenali sebagai SBMA merupakan satu skim bantuan berbentuk bantuan makanan asas kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik khususnya golongan ibu tunggal. Skim ini tertumpu kepada golongan sasaran yang tinggal di sekitar Kedah dan Perlis.

Berkonsepkan bantuan bulanan, skim ini membolehkan penderma yang berkemampuan untuk memperuntukkan sejumlah wang bernilai hanya RM50 sebulan bagi didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi skim ini, pihak penderma diberi peluang samada untuk memilih penerima kepada bantuan beliau sendiri atau mewakilkan kepada Yayasan Nusrah untuk memilih penerima bantuan tersebut. Selain itu, penderma juga digalakkan untuk melanggan pakej skim yang sama bagi kegunaan diri sendiri. Ini antara lain membolehkan penderma mengetahui dan merasai sendiri produk yang disediakan dalam SBMA. Tambahan pula, barangan yang disediakan merupakan barangan keperluan harian yang dipakai oleh setiap isi rumah. Oleh kerana itu, skim ini memberi kemudahan kepada penderma mendapatkan perkhidmatan penghantaran terus ke tempat kediaman tanpa perlu bersusah payah keluar membeli. Sebanyak RM2 dari jumlah tersebut (RM50) akan didermakan kepada Yayasan Nusrah sebagai komisyen bagi setiap transaksi bulanan.


Jom bantu mereka dengan layari Skim Bekalan Makanan Asas


PAKEJ YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 jenis pakej yang ditawarkan untuk anda

Pakej A

(derma RM50 makanan asas kepada penerima lain)

1) Pilihan penderma – penderma memilih sendiri penerima skim SBMA - ( Penerima skim, terhad kepada penerima dari kawasan Kedah/Perlis

sahaja):

2) Pilihan Yayasan Nusrah – penerima dipilih oleh pihak yayasan.

atau


Pakej B

(RM50 makanan asas sebagai keperluan diri sendiri)

Pihak yayasan juga menggalakkan penderma melanggan pakej yang sama untuk kegunaan diri sendiri. Kebaikannya adalah:

1. Penerima dapat mengetahui dan merasai sendiri produk yang dibeli melalui SBMA (Kawalan kualiti).

2. Barangan yang disediakan merupakan barangan kegunaan harian.

3. RM2 dari jumlah bayaran akan disumbangkan sebagai komisyen kepada Yayasan Nusrah(4%).

4. Anda layak mendapat keistimewaan Nusrah Delivery, iaitu penghantaran percuma bagi pesanan anda diNusrah Online Store dan Kedai Amal Nusrah.

Kedai Amal Nusrah Online

Selamat Datang Ke Nusrah Online Store dan Kedai Amal Nusrah. Adalah hasrat Yayasan Nusrah untuk menyampaikan sepenuhnya derma orang ramai kepada pihak yang memerlukan. Perniagaan online adalah ikhtiar Yayasan untuk kemandirian .

Bagi setiap pembelian, anda sebenarnya menyumbang kepada Yayasan Nusrah dan membantu kami untuk meneruskan kemandirian .

Selamat membeli sambil menderma.

Nusrah Online Store menawarkan barangan berkualiti yang telah diujipakai oleh sukarelawan yayasan, dan dijual pada harga berpatutan. Bagaimana kami boleh mendapatkan keuntungan? Melalui kemahiran perniagaan, iaitu mendapatkan harga borong dari sumber terawal dan tidak menggunakan orang tengah.

Kedai Amal Nusrah menjual barangan terpakai yang telah disumbangkan oleh sukarelawan dan sahabat Nusrah. Antara barangan utama adalah buku , pakaian, dan cenderahati. Barangan yang tersenarai adalah yang terpilih dan masih elok. Anda dijemput datang sendiri ke Kedai Amal di No 80, Sisiran 7, Taman Siswa UUM, untuk melihat lebih banyak lagi pilihan dengan harga yang lebih murah lagi.


Jom Beli-Belah di Kedai Amal Nusrah Online

Nusrah Creative Design

Pakej Laman Web Nusrah Creative

Laman web kini lebih mudah untuk dibangunkan
Nusrah Creative menawarkan 4 jenis pakej laman web untuk anda, bersesuaian dengan perniagaan anda. Berikut adalah senarai pakej yang disediakan untuk anda.

Pakej-pakej yang ditawarkan

Pakej A

  • Bina menggunakan Wordpress / Blogspot.
  • Tambah domain perlu bayaran RM 40-60.

Pakej C

  • Ruang storan : 5GB
  • Data transfer : 50GB
  • 100 akaun emel.
  • Galeri gambar.
  • Domain & hosting.

Pakej B

  • Ruang storan : 1GB - 2GB
  • Data transfer : 10GB
  • 100 akaun emel.
  • Galeri gambar.
  • Domain & hosting.

Pakej D

  • Ruang storan : 10GB
  • Data transfer : 100GB
  • 150 akaun emel.
  • Galeri gambar.
  • Domain & hosting.

Bantu membantu








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..




Jom layari Yayasan Nusrah dan menderma dengan Derma Prepaid bagi membantu insan insan kerdil yang memerlukan pendidikan dan ruang untuk belajar ...

Sekali pandang mungkin ini remeh temeh...(sikit sikit nak mintak duit, duit, duit), tapi cuba pandang dengan mata hati...

Kita nak pakai baju pun mak ayah yang belikan...
Kita nak pergi sekolah pun mak ayah yang sediakan keperluan...
dari baju sekolah, beg dan segalanya mak ayah yang tanggung..

penah x terpikir..bagi insan yang tiada mak ayah nie..sapa nak tanggung mereka...

nak pegi sekolah pun..kena bina sendiri...jadi untuk membantu mereka..jom ramai ramai menderma kepada mereka serendah RM1 je.. bagi yang mampu..lebih pun diterima..

Jom Layari Yayasan Nusrah dan mendermala dengan DERMA PREPAID di