Jom Bantu IbuTunggal

Skim Bantuan Makanan Asas atau lebih dikenali sebagai SBMA merupakan satu skim bantuan berbentuk bantuan makanan asas kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik khususnya golongan ibu tunggal. Skim ini tertumpu kepada golongan sasaran yang tinggal di sekitar Kedah dan Perlis.

Berkonsepkan bantuan bulanan, skim ini membolehkan penderma yang berkemampuan untuk memperuntukkan sejumlah wang bernilai hanya RM50 sebulan bagi didermakan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi skim ini, pihak penderma diberi peluang samada untuk memilih penerima kepada bantuan beliau sendiri atau mewakilkan kepada Yayasan Nusrah untuk memilih penerima bantuan tersebut. Selain itu, penderma juga digalakkan untuk melanggan pakej skim yang sama bagi kegunaan diri sendiri. Ini antara lain membolehkan penderma mengetahui dan merasai sendiri produk yang disediakan dalam SBMA. Tambahan pula, barangan yang disediakan merupakan barangan keperluan harian yang dipakai oleh setiap isi rumah. Oleh kerana itu, skim ini memberi kemudahan kepada penderma mendapatkan perkhidmatan penghantaran terus ke tempat kediaman tanpa perlu bersusah payah keluar membeli. Sebanyak RM2 dari jumlah tersebut (RM50) akan didermakan kepada Yayasan Nusrah sebagai komisyen bagi setiap transaksi bulanan.


Jom bantu mereka dengan layari Skim Bekalan Makanan Asas


PAKEJ YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 jenis pakej yang ditawarkan untuk anda

Pakej A

(derma RM50 makanan asas kepada penerima lain)

1) Pilihan penderma – penderma memilih sendiri penerima skim SBMA - ( Penerima skim, terhad kepada penerima dari kawasan Kedah/Perlis

sahaja):

2) Pilihan Yayasan Nusrah – penerima dipilih oleh pihak yayasan.

atau


Pakej B

(RM50 makanan asas sebagai keperluan diri sendiri)

Pihak yayasan juga menggalakkan penderma melanggan pakej yang sama untuk kegunaan diri sendiri. Kebaikannya adalah:

1. Penerima dapat mengetahui dan merasai sendiri produk yang dibeli melalui SBMA (Kawalan kualiti).

2. Barangan yang disediakan merupakan barangan kegunaan harian.

3. RM2 dari jumlah bayaran akan disumbangkan sebagai komisyen kepada Yayasan Nusrah(4%).

4. Anda layak mendapat keistimewaan Nusrah Delivery, iaitu penghantaran percuma bagi pesanan anda diNusrah Online Store dan Kedai Amal Nusrah.